PASTI 2011

Pada tahun ini seramai 100 murid telah mendaftar untuk memasuki 4 buah PASTI di kawasan Batu Gajah. Mereka terdiri daripada 8 orang 4 tahun, 49 orang 5 tahun dan 43 orang 6 tahun.

Pada tahun ini yuran bulanan masih seperti tahun-tahun lepas walaupun harga barang keperluan dah semakin naik..Semoga khidmat PASTI akan memberi kesan yang mendalam kepada pendidikan berteraskan Islam, amin..

PASTI Ar-Rahmaniah,Tronoh

PASTI Baru 2011

Bertempat di Bandar Tasik Impian,Batu Gajah, Insyaallah PASTI Kawasan Batu Gajah akan membuka satu lagi PASTI bagi kemudahan penduduk sekitarnya terutama  Bandar Tasik Impian, Kg Pisang, Sentang, Seri Jaya dan Quarters KTM..187,Jalan BTI 1/11,Bdr Tasik Impian,31000 Batu Gajah,Perak

PASTI Al-Munir

Pendaftaran penuh akan diadakan pada 2hb Januari 2011 di semua 4 buah PASTI Kawasan Batu Gajah iaitu:-

  1. PASTI Al-Amin, Taman Mewah, Batu Gajah
  2. PASTI Al-Masyhor, Taman Batu Gajah Perdana, Pusing
  3. PASTI Ar-Rahmaniah, Tronoh
  4. PASTI Al-Munir, bandar Tasik Impian,Batu Gajah

    PASTI Al-Amin,Tmn Mewah

Segala pertanyaan boleh terus menghubungi Pengerusi PASTI Batu Gajah, Hj Shahori Mohd Esa di talian 019-5551544/013-4001544.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI1431H

Semoga Selamat dalam perjalanan, MAAF ZAHIR BATIN…

Diam Khir Toyo

Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin.

Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.

Faekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan  pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.

Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan.

“Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar,” katanya lagi.

Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu.

“Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda,” katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan.

Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar.

“Tidak hairanlah isu bonus menjadi fokus apabila kita timbulkan isu kecurian pasir,” kata Faekah lagi dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam.

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu.

Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat.

Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu.

“Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja,” kata Faekah lagi.

Zaid Ibrahim

Calon PR

BETAPA jahat dan busuk serta Munafiknya mereka yang sengaja membawa kisah buruk calon Dato’ Zaid. Dato’ Zaid dengan jujur, berani dan insaf mengaku bahawa dahulunya ketika berada di dalam Umno bukan manusia yang bersih seperti Malaikat. Bahkan, tiada manusia yang boleh menjadi Malaikat suci dan bersih dari dosa. Cuma, manusia itu lebih mulia di sisi Allah apabila bertaubat dari melakukan dosa-dosa terdahulu.

Haji...

Apabila seseorang manusia itu mengakui kesilapannya dan ingin menuju ke jalan yang benar, menjadi kewajipan kita membantu serta membimbingnya bukan mengutuk dan mancaci apatah lagi membuat fitnah yang berlebihan. Apakah kita ingin mengambil alih kerja Syaitan dan Iblis yang tidak suka manusia itu bertaubat?

Biar beribu foto yang disiarkan, biar beribu kisah aib yang dihebahkan dari mulut-mulut Syaitan dan Iblis ini yang dibantu oleh media berlidah Syaitan dan Iblis laknatullah, kita wajib membantu seorang insan ini yang mahu kembali ke pangkal jalan. Saya terharu dengan sokongan PAS kepada Dato’ Zaid dan ini menggambarkan bahawa PAS akan sentiasa menyokong sesiapa sahaja yang sanggup berubah ke arah jalan agama. InsyaAllah, semakin kuat Syaitan dan Iblis ini menjaja keburukan Dato’ Zaid, pasti Allah akan bersamanya.

Seandainya Dato’ Zaid tewas sekalipun, beliau tetap menang di sisi Allah kerana orang yang menang itu sebenarnya adalah mereka yang sanggup meninggalkan dosa-dosa terdahulu. Bagaimana pula dengan puak mereka? Apakah mereka telah berubah?

Sukan PASTI

11hb April yang lalu berlangsungnya Sukaneka PASTI Kawasan Batu Gajah bertempat Padang Taman Mewah. Sukaneka ini dirasmikan oleh Ir Radzi Zainon. Sebanyak 8 acara untuk murid PASTI, 2 acara untuk anak-anak dan Ibubapa murid PASTI.

AJK Menjamu selera

Sebahagian hadirin

Seramai 112 orangmurid  terlibat. program bermula jam 8.30 pagi dan tamat jam 12.00 tengahari.

PingatJamuan

Murid
Perbarisan Murid

 Terima kasih kepada semua yang terlibat dan sumbangan yang diberikan bagi menjayakan Sukaneka kali ke-11..