Perlawanan Bolasepak 7 sebelah Piala YB Speaker Dun Perak

Hasil daripada program pertandingan 9 sebelah anjuran Pemuda Pas Batu Gajah yang lalu, pada 28/12/2008 pula, Pemuda Pas Batu Gajah telah membentuk pasukan bolasepaknya sendiri dan telah berjaya menghantar 3 pasukan untuk pertandingan  ini.
Pasukan Pemuda Seri Jaya, Batu Gajah Bersatu Ria A dan B.Dalam program yang dianjurkan oleh DAP Dun Tronoh telah berjaya menarik seramai 32 buah pasukan menyertainya. Yang menariknya disertai oleh berbagai-bagai kaum dimana menunjukkan didalam sukan boleh membentuk integriti kaum dan semangat setiakawan dikalangan Parti Pakatan Rakyat.
Walaubagaimana pun Pasukan Pemuda Pas dari Kg Seri Jaya awal-awal lagi ditunjukkan jalan keluar melalui tendangan penalti kerana kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol.
Bagi Pasukan Batu Gajah Bersatu Ria B telah berjaya sehingga peringkat kedua tetapi di tunjuk jalan keluar oleh pasukan dari Sadang, Parit dengan tendangan penalti setelah terikat dengan kedudukan seri 2-2. Nasib tidak menyebelahi mereka walaupun mendahului 2-0 tetapi kerana kurangnya pengalaman telah tewas dengan pasukan yang diwakili orang lama.

Pasukan Batu Gajah Bersatu Ria B dianggotai oleh pemuda-pemuda Batu Gajah yang berumur lingkungan 17 tahun telah berjaya menunjukkan mutu permainan yang amat baik tetapi kalah kerana kurang pengalaman. Bagi Pasukan Batu Gajah Bersatu Ria A telah berjaya masuk keperingkat suku akhir telah ditewaskan juga dengan tendangan penalti setelah terikat tanpa gol 0-0.
PAS Kawasan Batu Gajah melalui Pemudanya sedang merangka untuk mengadakan perlawanan bolasepak di antara Kawasan-Kawasan seluruh Perak bagi meraikan 1 tahun Pakatan Rakyat memerintah Perak dan dijangkakan akan diadakan pada bulan Mac, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s