Kenyataan Media bersama

1 hb Januari 2009

 TERAS dan SHURA mendesak semua Menteri Luar OIC yang dijangka akan bersidang di Jeddah Sabtu , 3 hb Januari 2009 ini agar jangan lagi menghasilkan hanya  rayuan supaya US , EU dan PBB  bertindak menghentikan keganasan Israel ke atas Gaza. Sepatutnya ketua-ketua negara OIC mesti melaksanakan terus pelan bertindak untuk mempertahan rakyat Gaza tanpa lengah lagi.Jika kali ini persidangan tersebut hanya mengeluarkan desakan bersifat retorik kosong semata-mata dan nasib rakyat Gaza terus tidak dapat dilindungi lagi , maka sudah sampai masanya OIC di bubar sahaja. Umat Islam tidak lagi nampak OIC ini relevan selain hanya memghabiskan wang rakyat yang dibelanjakan untuk membiaya perbelanjaan pemimpin-pemimpin menghadhiri konferens ke sana kemari sehingga membazirkan beratus juta dolar.

 Dengan tegas kami menyatakan bahawa bukan masanya lagi untuk OIC menjadi boneka kepada kuasa Barat seperti yang jelas ditunjukkan oleh Mesir yang kini berkomplot bersama dengan Israel dan Amerika untuk membunuh rakyat Gaza.Pemimpin-pemimpin Negara-negara Arab terutamanya mesti bertanggungjawab langsung untuk bertindak menyelamatkan nyawa rakyat Gaza yang tertindas didepan mata mereka setiap hari. OIC akan  tercatat dalam sejarah sebagai sebuah kelab pemimpin-pemimpin negara-negara yang bacul dan boleh dianggap bersekongkol dengan kuasa Barat yang mengizinkan umat Islam Palestin dizalimi sehingga lebih dari 60 tahun. Pendirian kami ialah bagi setiap hari Gaza dibiar terus berlumuran darah dan diserang tanpa perikemanusiaan dan rakyat awam seperti kanak-kanak , wanita dan orang tua terus terkorban , termasuk  seluruh prasarana awam dan kerajaan dimusnahkan , maka kami meletakkan  pemimpin-pemimpin OIC turut bertanggungjawab terhadap kezaliman ini. Malah kami beranggapan dengan melengah-lengah tindakan untuk mempertahankan rakyat Gaza , merupakan tanda pemiimpin-pemimpin OIC adalah munafiq , bila mereka beretorik memperjuangkan kepentingan umat Islam tanpa dalam masa yang sama membenarkan umat Islam disembelih oleh Israel dengan bantuan Amerika..

Kepada Datuk Seri Rais Yatim , Menteri Luar Malaysia , kami mempertanggungjawabkan beliau untuk membawa amanah umat Islam Malaysia supaya  mendesak semua kerajaan negara OIC segera menghantar tentera masing-masing mempertahankan rakyat Gaza. Malaysia perlu mengambil pendirian tegas untuk mendesak supaya serangan Israel dibalas dengan respon yang sama dan Israel  dihukum diatas keganasannya sebagai negara teroris.

 Mohd Azmi Abdul Hamid,(Presiden TERAS,Setiausaha SHURA)

2 responses to “Kenyataan Media bersama

  1. salam..nampaknya shli2 pas tidak begitu ghairah menuntut ilmu. buktinya ahli2 langsung tak hadir ke kuliah2 pengajian di masjid2 dan surau2. harap berlabun di kedai kopi je la

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s