Dunia ke Akhirat

Dalam satu majlis ceramah kempen BN di kawasan UPU Telok Kemang, penceramah UMNO di dalam kempennya berkata ” UMNO juga bawa dunia dan akhirat”. Ini membuktikan bahawa Roslan Kassim dan sekutunya di dalam UMNO dan yang lain juga mengakui bahawa PAS adalah parti dunia akhirat. Masakan tidak kerana dia sebut kalimah “juga” !!

Jadi benarkah UMNO “juga” membawa dunia juga akhirat?

Jawapannya sudah pasti “ya”..memang betul UMNO juga membawa dunia juga akhirat. Siapa sahaja di kalangan manusia dan jin hatta malaikat dan lain-lainnya akan menempuh kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Ahli dan penyokong PAS yang mati akan hidup pula di alam barzakh seterusnya ke alam akhirat. Ahli dan penyokong UMNO juga akan mati dan meninggalkan dunia yang fana ini dan akan pula berpindah ke alam barzakh seterusnya alam akhirat. Begitu juga dengan yang lainnya.

Pneyokong tidak kira PAS atau UMNO, Islam atau tidak, tidak akan terlepas dari kehidupan dunia dan akhirat. Maka benarlah kata-kata UMNO, bahawa UMNO juga bawa dunia dan akhirat., tetapi persoalan utamanya ialah,

UMNO bawa apa di dunia, dan bekal apa yang dibawa di akhirat ?

Apa kata kita bezakan apa yang UMNO dan PAS bawa di dunia dan yang dibawa ke akhirat. Mengikut disiplin ilmu aqidah, apa yang dibawa oleh manusia ke alam akhirat ialah amalannya. Amalannya pula terbahagi kepada dua, amalan yang ma’ruf (baik) dan amalan yang mungkar(buruk). Baik dan buruknya amalan bukan dinilai dari sudut kehendak akal, tetapi dinilai mengikut kehendak Allah Ta’ala. Kalau ikut kehendak akal maka mencuri pisang tanduk orang kampung adalah di anggap amalan yang baik di kalangan akal pencuri.

Oleh kerana baik dan buruk itu adalah datang dari Allah, maka tempat rujukan sama ada suatu itu baik atau buruk adalah dari wahyu Allah, Al-Qur’an Al-Karim.Untuk menerangkan maksud Al-Quran pula maka Allah utuskan Rasulullah, ini bermaksud, segala kata-kata dan kerjabuat Rasulullah adalah tafsiran kepada Al-Quran. Umpama panduan memasak yang dipanggil resipi, seseorang tidak akan tahu kaedah sebenar melainkan dengan tunjuk ajar tukang masak dan bukan tukang kebun.

Berbalik kepada persoalan tadi, maka adapun setiap amalan itu ada ganjaran dan balasannya. Maka Allah maklumkan kepada kita betapa amalan yang baik itu diberi ganjaran pahala dan yang buruk akan dibalas dosa. Apabila manusia mati nanti, amalan yang akan dibawa dalam bentuk dosa dan pahala. Maka di dunia lagi Allah telah beri peringatan betapa azab api neraka yang amat pedih jika menderhaka kepadanya dan akan diberi nikmat syurga kepada yang takut kepadanya.

UMNO tidak kisah sangat dengan amalan itu baik atau tidak. Baik baginya adalah jika dapat mengenyangkan perut dan bawah perutnya sahaja. Sebab itu untuk mengisi perut dan memenuhi kehendak bawah perut, apa sahaja yang dibuat dan dilakukan adalah dikira “sah” asalkan perut dan bawah perut diri dan kroni dapat diutamakan.

Jelas di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah secara pasti Allah dan Rasulnya terangkan apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat. Allah juga ingatkan kepada manusia agar takut kepadanya. Maka barang siapa yang tidak takut kepadanya, maka dikira derhaka kepadanya. Ada amalan yang menindas dan menganiaya manusia, mengambil hak manusia secara bathil, menjatuhkan kehormatan manusia dan yang sewaktu dengannya.

Maka disini jelas sudah melalui dalil-dalil yang pasti, betapa amalan mencuri, amalan menipu, amalan rasuah, amalan menindas dan menyeleweng adalah perkara yang Allah tidak suka. Bila Allah tidak suka, maka wajib kepada seluruh manusia takut kepada arahannya.Mencuri bukan sekadar mencuri kasut yang lawa-lawa di masjid-masjid, mencuri duit rakyat juga dimurkai Allah. Menipu bukan sekadar menipu cikgu sekolah kononnya buku tertinggal dirumah walhal sebenarnya tidak siap, begitu juga sikap menipu rakyat juga dimurkai Allah.

Begitulah amalan rasuah, bukan sekadar rasuah polis agar tidak disaman, rasuah perwakilan untuk menang jawatan tertinggi parti juga rasuah, maka ia amat dimurkai Allah.

Amalan-amalan yang disebut di atas adalah amalan yang Alah tidak suka dan akan menjadi bekal ke akhirat nanti. Justeru itu, apakah bekal ini yang kita hendak bawa ke akhirat nanti ?

Menegakkan Islam, menolak kemungkaran, rasuah,tolak seleweng dan mencuri duit rakyat, zalim, aniaya dan yang sewaktu dengannya maka Allah sebut dalam firmannya betapa amalan ini amat disukai olehnya. Maka amalan yang baik akan menjadi bekal ke akhirat kelak untuk dinilai dihadapan Allah.

Jelas sudah, agar kita dapat menilai apa yang kita bawa di dunia dan apa yang kita bawa ke akhirat. Benar kata mereka didalam UMNO, UMNO juga bawa dunia dan akhirat. Cuma apakah yang dibuat di dunia dan apa yang dibawa ke akhirat. Tepuk kepala tanyalah iman. Kalau iman tak ada, agak susah juga nak tanya sapa kan ? Tapi takpa, tanyalah kepada orang yang ‘alim.

Nak pilih calon untuk jadi wakil suara kita di dewan perwakilan juga adalah amalan. Maka kita mesti ingat setiap amalan akan direkod di dunia dan akan ditayang semula di akhirat. Calon yang hendak dipilih mestilah calon yang takutkan Allah dan bukan calon yang berani lawan Allah. Jika kita memilih mereka yang langsung tidak takut lawan Allah, dikhuatiri kita setuju dan redha dengan amalan calon yang melawan Allah.

Allah beri amaran jangan mencuri, jangan menipu, jangan beri dan terima rasuah, maka jika yang jangan itu dibuat juga, maka terserlah sungguh sifat berani mereka-mereka itu melawan Allah. Jika kita memilih mereka ini juga, ketahuilah betapa perbuatan memilih itu akan direkod oleh Allah. Jika kita memilih calon yang kasih lagi taat kepada arahan Allah, tidak menyeleweng, tidak share saham dalam syarikat babi, tidak rasuah untuk menang jawatan, Insya-Allah, ketika kita memilih calon ini, dengan izin Allah kita akan membawa rekod yang baik untuk ditayangkan di akhirat nanti.

Maka amalan yang bagaimanakah yang akan direkod di dunia untuk kita bawa ke akhirat nanti…? Maka buat sekian kalinya, benarlah kata penceramah UMNO, UMNO juga bawa dunia dan akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s