Jamuan Raya 1430H

BATU Gajah, 18 Okt :-Sambutan Aidilfitri Pas Perak yang diadakan di Arena Square, Batu Gajah telah menerima kunjungan yang luarbiasa daripada orang ramai. Kehadiran pimpinjan dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat dari seluruh Perak menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Pakatan Rakyat. Mereka bertali arus sejak awal sehingga jalan masuk ke tempat jamuan didapati sesak dan kenderaan berjalan perlahan.

Sebahagian yang hadir

Sebahagian yang hadir

Jangkaan kehadiran oleh pihak penganjur hanya sekitar 6,000 orang telah tersasar apabila lebih daripada 10,000 orang yang bertali arus mengunjungi Arena Square tanpa henti sehingga jam 3 petang.

Jamuan yang bermula jam 11.30 pagi telah kehabisan makanan yang diperuntukkan untuk 10,000 orang seawal 1.30 tengahari lagi. Antara menu yang habis awal ialah Nasi, satey, cendol dan lemanag. Makanan tambahan berupa bihun sup terpaksa dimasak disitu oleh Ust Faisol bagi tidak menghampakan kunjungan ramai yang tanpa henti daripada seluruh pelusuk negeri Perak.

Dalam ucapan ringkasnya Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein amat berbesar hati dengan sokongan serta kunjungan orang ramai ke majlis hari raya yang dianjurkan disitu.

Selain itu ucapan tahniah dan penghargaan patut diberikan kepada Jawatankuasa Pelaksana yang diketui oleh Setiausa PAS Perak, Ust. Misbahul Munir Masduki dan Bendahari PAS Perak , Hj.Abd. Rahim Arif. Memilih tempat yang selesa dan penyusunan gerak keraja petugas yang teratur telah menyebabkan program berjalan lancar sehingga akhirnya.

Bersempena dengan Jamuan itu diselitkan juga dengan pelancaran “orang muda gengkita” oleh Dewan Pemuda PAS Perak, ianya disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak.

Selain itu kelihatan hadir sama untuk meraikan kehadiran tetamu ialah ADUN-ADUN PAS Perak, mereka ialah YB. Mohd.Zainuddin, YB. Ramli Tusin, YB. Khalil Idham Lim dan YB. Anuar Sudin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s